Asy: Time & Love Part 1

 Untuk baca pendahuluan/blurb story dulu:

https://arisyacookie.blogspot.com/2020/08/asytime-love.html


"Tolong!"


"Aku janji akan bersama kau!"


"Jangan tinggalkan aku!"


Terbuntang mata Asy apabila sedar dari tidur. Asy mengurut dadanya yang berdebar. Tak pernah dirinya mimpi buruk selama ini. Setiap hari dia akan diulit dengan mimpi yang indah namun hari ini dia bermimpi yang aneh.


Asy memandang ke luar tingkap. Angin menerpa meniup wajahnya. Macam manalah boleh tidur di tepi tingkap ni? Ada katil tapi tidur di tepi tingkap juga Asy ni.


"Adik!" Suara garau menerpa pendengaran telinganya. Asy menoleh ke pintu kamarnya. 


Kelihatan seorang lelaki berkulit sawo matang dan berpakaian baju t-shirt hitam serta rambutnya serabai. Itulah abang pemalasnya. Angah merenung dirinya tajam seolah-olah ada benda yang tidak kena pada dirinya. Asy memandang dirinya. Kut kut, ada benda yang terlekat di badannya. Tapi tiada apa-apa pun. Okey je, kulit tiada cacat cela, baju bersih lagi dan pastinya tiada binatang terlekat seperti labah-labah atau lipas. 


"Angah, kenapa?" soal Asy. 


Angah menutup mulutnya dengan telapak tangan, sebelum akhirnya ketawanya terpecah. Asy berkerut. Ada benda kelakar ke pada dirinya? 


"Hahaha. Ada taik burung melekat kat kepala adik. Hahaha!" makin galak Angah ketawa. Asy terus berlari menuju ke meja solek. Cermin pantulan di hadapan memang benar menunjuk kepalanya yang terdapat cecair putih. Dan pastinya tahi burung, apalagi? Baunya busuk menerpa juga ke rongga hidung. Kenapalah dia baru bau busuknya sekarang? 


"Itulah, lain kali jangan tidur kat tepi tingkap!"


Asy menjeling Angah tajam yang memegang perutnya senak. 


"Seronoklah gelakkan adik?" Tangannya menongkat pipi di atas meja salon itu. Terus Angah berhenti gelak. 


"Dah kenapa berhenti gelak?" 


"Kenapa perangai adik dah lain ma...ciam?" Dia merenung Angah tajam. 


Selalunya jikalau dia mengusik adiknya, pasti adiknya akan menengkingnya. Malah, adiknya kelihatan tidak bermaya dan malas mengambil kisah tentang dia. 


"Hmm." 


"Dah dah. Pergi mandi. Kang bawa kuman tu. Eee, geli. Shuh shuh. Pastu turun bawah makan. Ayong dah bising tu. Telinga angah ni bukan kalis bunyi bebelannya. " Asy hanya menjeling Angah buat kali kesepuluh. 


"Kalau macam tu, keluarlah bilik adik ni. Shuh shuh!" 


"Eh, menghalau orang pula!" 


Asy menolak Angah dari kamarnya, lantas pintu ditutup rapat. Dia mengambil tuala yang digantung rapi sebelum masuk ke bilik mandi.


"Haih, satu hal kerja aku basuh kepala aku ni. Kurang hajar punya burung!"









"Hah, cantik adik Ayong ni. Wangi!" puji Ayong.


"Yelah tu wangi. Tadi ada tahi burung lekat kat kepala,"sampuk Angah.


" Ish, tak baiklah Angah!"Ayong menepuk tangan Angah perlahan. Dia menoleh ke belakang supaya ketawanya tidak pecah.


Asy hanya memandang mereka berdua dengan datar. Ingat dia tak tahu Ayong pun sama gelakkannya. Heh, kakak abang memang suka gelakkan adik!


"Nah, nasi goreng!" Ayong terus menyuakan sepinggang nasi goreng di depan Asy. Mereka mula menjamah makan bersama.


Dari tadi Ayong hanya memandang saja Asy menguis makanan. Makanan di depannya hanya dijamah sikit.


"Dik, jangan main nasi. Habiskan!"


"Takde selera, kak!" ujar Asy dengan nada datar dan kurang bermaya.


"Tak selera? Nasi goreng kan favourite adik."


"Hmm. Muak!" Memanglah muak, makan nasi goreng setiap hari. At least, buatlah menu bubur pula. Tak adalah muak dan jimat juga.


"Asy nak pergi bilik," pinta Asy. Pinggannya ditolak. Dia bangun dari kerusi.


"Eh jap. Jangan membazir. Adik kene ha...  Adik!" Terkejut Ayong apabila tiba-tiba Asy pengsan di atas lantai. Dia menuju ke arah Asy dan meletak kepala Asy di atas ribanya.


"Adik, adik okey tak?"


Ayong menyentuh dahi Asy. Panas.


"Adik demam ke?"


"Kak, hati-hati!" Tiba-tiba saja Angah bangun dan menyentakkan Ayong.


"Hati-hati apa?"


"Bahaya kak! Adik kena covid-19 tu. Jauhkannya kak!"


Ayong menjeling Angah tajam.


"Apa benda kau merepek ni Angah? Malaysia dah bebas dari covid-19 tahun lepas. Dah, sekarang tolong Ayong papah adik ke biliknya," arah Ayong.


"Eee, tak nak Angah nak angkat dia. Kang kena jangkit nanti."


"Angah, kau nak kaki tak? Abang apa benda kau ni. Adik sendiri pun tak nak angkat. Biar Ayong angkat dia sendiri. Ayong ni kuat dari kau Angah kerja malas dan membuta saja sebab tulah lemah dan merepek." Ayong memapah Asy. Nasib baik dia larat mengangkat Asy. Ayong biasa angkat barang berat, tidak macam si Angah. Pui! 


Dia menaiki anak tangga dan terus meletak Asy di atas katilnya. Kain bersih diambil seraya basahkannya lalu diletak atas dahi Asy. Sesuai menguruskan adik kesayangannya, dia menuju ke meja makan untuk mengemas. Nak harapkan Along, takde maknanya.


Asy membuka kelopak matanya. Sebenarnya tadi dia pengsan separuh sedar. Asy menghelakan nafas lelah. Sejak akhir-akhir ini, dia semakin kurang bermaya. Selalunya dia akan sentiasa aktif dan bersemangat. Barangkali kerana mimpinya? Mimpi itu seolah-olah memberi petunjuk. 


Ting! 


Deringan dari telefonnya di atas laci menandakan mesej telah masuk. Tangan Asy pantas mengambil telefonnya dan segera memeriksa mesej tersebut.


Bid

Wei, aku nak  dah hampir 

dengan sekolah. Tak

sabar aku nak dapat

hadiah dari cikgu!


Asy

Wait, whatt?


Bid

Dah lupa ingatan ke kau

ni? Hari ini kan ada jamuan

menyambut perpisahan cikgu

Siti a.k.a cikgu kesayangan kita.

Khas buat di kelas kita sebab

murid kelas kita ni kan antara

cikgu sayang. Lepas itu, cikgu

nak beri hadiah sebagai 

perpisahan. 


Asy

Agagaga. Kenapalah hari best

ni pula kena. Sksks


Bid

Kena apa ni? 🤨


Asy

Nanti aku datang sekolah. 

Tunggu di kelas je.

Bye.


Bid

Okey, bye. 


Perbualan mereka dihenti begitu saja. Hari ini tidak jadi pula nak demam dan cuti sekolah oleh kerana hari teristimewa. Nak atau tak? Paksa sajalah.


Asy bangun dari perbaringan, dia mengambil baju uniform sekolah yang digosok semalam lalu menyarung ke tubuhnya. Dia keluar dengan beg disandangnya. 


"Eh, adik nak pergi mana?" tanya Ayong yang baru keluar dari dapur. 


"Nak pergi sekolah." 


"Adik tak sihat kan!" 


"Alah, nak rajin pergi sekolah ni. Bukan Ayong suka ke adik semangat nak pergi sekolah ni. Okay Ayong, adik nak pergi sekolah naik basikal sebelum lambat." 


"Eh, kejap. Kalau nak pergi sekolah, naik saja motor Angah. Sebab memang dah lambat ni." 


"Takpe. Adik boleh sampai sekolah sebelum bunyi loceng." 


"Tapi..." 


"Berhentikan masa!" 


Semua keadaan seolah-olah berhenti. Hanya yang boleh bergerak ialah Asy saja. Asy mengariskan senyuman. Tidak sia-sia hidup dia mempunyai kuasa. 


"Sorry Ayong. But I have to go now." Pipi Ayong dikucupnya lembut. Dia menaiki basikal dan keluar dari rumah.


Jam tangan yang dipakai di tangan kanan ditiliknya. Masa untuk sampai sekolah dari rumah mengambil masa 20 minit. Dia mempunyai masa 10 minit untuk sampai ke sekolah dengan pantas kerana kuasanya dapat bertahan selama 10 minit. 


"Harap sempat." 


Ulasan

Catat Ulasan