Catatan

Asy: Time & Love Part 1

 Untuk baca pendahuluan/blurb story dulu: https://arisyacookie.blogspot.com/2020/08/asytime-love.html "Tolong!" "Aku janji akan bersama kau!" "Jangan tinggalkan aku!" Terbuntang mata Asy apabila sedar dari tidur. Asy mengurut dadanya yang berdebar. Tak pernah dirinya mimpi buruk selama ini. Setiap hari dia akan diulit dengan mimpi yang indah namun hari ini dia bermimpi yang aneh. Asy memandang ke luar tingkap. Angin menerpa meniup wajahnya. Macam manalah boleh tidur di tepi tingkap ni? Ada katil tapi tidur di tepi tingkap juga Asy ni. "Adik!" Suara garau menerpa pendengaran telinganya. Asy menoleh ke pintu kamarnya.  Kelihatan seorang lelaki berkulit sawo matang dan berpakaian baju t-shirt hitam serta rambutnya serabai. Itulah abang pemalasnya. Angah merenung dirinya tajam seolah-olah ada benda yang tidak kena pada dirinya. Asy memandang dirinya. Kut kut, ada benda yang terlekat di badannya. Tapi tiada apa-apa pun. Okey je, kulit tiada cacat cela...

Asy:Time & Love

 Story dari arisya_cookie Genre Fantasi, Komedi, Cinta dan Aksi.  Amaran! Dilarang menciplak cerita ini. Pendahuluan/Blurb: Seseorang yang memiliki kuasa merupakan antara orang yang teristimewa. Itulah gadis bernama Tengku Asy Liara. Ataupun dipanggil Asy secara ringkasnya. Dia mempunyai kuasa manipulasi masa. Dia boleh mempercepatkan masa, melambatkan masa malah memberhentikan masa.  Ah ya, dia bukanlah 'superhero' menentang penjahat seperti di kaca televisyen. Dia menggunakan kuasanya untuk suka-suka.  Lantaklah, inikan kuasanya sendiri, bukan orang lain. Bluwek! Munculnya pula si protagonis yang sama nasib seperti Asy.  Dia Niel Axelle Adrian.  Dia berasal dari masa hadapan, tidak hairanlah namanya sungguh moden. Dia mempunyai kuasa yang dapat pergi ke masa hadapan dan masa lampau. Bukan itu sahaja, dia dapat mengulang masa sesuka hatinya. Dia datang ke tahun masa Asy sekarang akibat dikejar dan nyawa dihujung tanduk.  Tapi Asy tidak suka kehadirann...