Asy:Time & Love
Story dari arisya_cookie
Genre Fantasi, Komedi, Cinta dan Aksi.
Amaran! Dilarang menciplak cerita ini.
Pendahuluan/Blurb:
Seseorang yang memiliki kuasa merupakan antara orang yang teristimewa.
Itulah gadis bernama Tengku Asy Liara. Ataupun dipanggil Asy secara ringkasnya. Dia mempunyai kuasa manipulasi masa. Dia boleh mempercepatkan masa, melambatkan masa malah memberhentikan masa.
Ah ya, dia bukanlah 'superhero' menentang penjahat seperti di kaca televisyen. Dia menggunakan kuasanya untuk suka-suka.
Lantaklah, inikan kuasanya sendiri, bukan orang lain. Bluwek!
Munculnya pula si protagonis yang sama nasib seperti Asy.
Dia Niel Axelle Adrian.
Dia berasal dari masa hadapan, tidak hairanlah namanya sungguh moden. Dia mempunyai kuasa yang dapat pergi ke masa hadapan dan masa lampau. Bukan itu sahaja, dia dapat mengulang masa sesuka hatinya. Dia datang ke tahun masa Asy sekarang akibat dikejar dan nyawa dihujung tanduk.
Tapi Asy tidak suka kehadirannya. Kerana dia cemburu! Cemburu gila!
"Tahun masa aku ni hanya aku seorang saja ada kuasa. Kau lebih baik pergi tahun masa kau sendiri!"-ASY
"Kenapa? Kau jealous sebab aku punya kuasa lagi hebat dari kau?"-NIEL
Sudah Asy sepak Niel ke tahun masanya atau tahun masa lain, malah si jantan itu datang balik ke tahun masa Asy. Katanya tahun masa Asy ini selesa menetap. Alasan!
Gaduh gaduh teruk, alamak, cinta berputik! Menyesal pula gaduh.
Ancaman dari luar datang mengejar Niel. Dan Asy terpaksa terpalit. Lupakan pasal cinta, sekarang nyawa lagi penting!
Nyawa dan kuasa menjadi bebanan, masa depan dan lampau dipertaruhkan.
Adakah takdir hidup begini jika menjadi orang ter'istimewa'?
Ulasan
Catat Ulasan